Wednesday, July 7, 2010

Jenayah Pembuangan Bayi

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai

Pembuangan Bayi

Pengenalan

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi
akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang
mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi
mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat
yang bakal ditanggung. Lihat kehamilan remaja.
Mengapa terjadinya pembuangan bayi?
Bayi dibuang kerana:
• Kehamilan yang tidak diingini
• Perhubungan seks rambang dan luar nikah
Apakah kesan pembuangan bayi?
Kesan dari sudut:
Perubatan
• Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak
sempurna
• Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
o Kehilangan darah
o Jangkitan kuman
o Kecederaan sewaktu bersalin
Psikologi dan sosial
• Murung
• Hilang keyakinan diri
• Rasa bersalah
• Resah atau gelisah
• Masalah emosi dan hubungan interpersonal
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?
Elakkan kehamilan jika anda belum:
• Berkahwin
• Bersedia membesarkan anak
• Bersedia membina keluarga. Lihat seks sebelum
berkahwin
Semua agama utama di Malaysia
• Melarang seks sebelum kahwin
• Taat kepada ajaran agama
Elakkan seks sebelum kahwin
• Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
• Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks
sebelum kahwin
• Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa
boleh berkata "Tidak" walaupun pernah berkata
"Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan
• Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan
menghormati anda, dia tidak akan meminta seks
sebelum kahwin
• Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
• Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti
kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
• Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
o Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
o Dapatkan bantuan jika anda hamil
o Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
• Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
o Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
o Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan
pembunuhan bayi
Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
Dapatkan bantuan dari:
• Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
• Kaunselor sekolah
• Guru sekolah
• Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
• Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:
• Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
• Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak
mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang
dibenarkan di bawah kuasa mahkamah
Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
• Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun
Semakan akhir: 12 Oktober 2006

No comments:

Post a Comment